Sunday, 14 November 2010

PELANCARAN PROGRAM INOVATIF 2010 SMKBBKH & PSS MAKTABAH MUNAWWARAH




TENTATIF PROGRAM 1SCHOOL READS

7.45 pagi – Program ‘1SCHOOL READS’

bermula di Tapak Perhimpunan.

8.10 pagi – Ketibaan Para Tetamu Jemputan (

Menyertai Program ‘ 1SCHOOL

READS ‘ )

8.30 pagi - Para tetamu mengambil tempat di

Dewan Terbuka untuk upacara

Perasmian Program ‘ 1SCHOOL

READS ‘.

9.00 pagi – Acara bermula dengan :

- Nyanyian Lagu Negaraku

-Nyanyian Lagu Pendidikan

Cemerlang Kedah Gemilang

9.05 pagi – Bacaan Doa

9.10 pagi – Ucapan Alu-Aluan oleh Yang

DiPertua PIBG SMKBBKH

9.15 pagi – Ucapan Alu-Aluan oleh Pengetua

SMK Bandar Bukit Kayu Hitam

9.30 pagi- Ucapan Perasmian oleh Pegawai

Pelajaran Daerah Kubang Pasu

10.00 pagi – Persembahan Pelajar :

- Bicara Buku Oleh Pelajar dan Guru

- Bercerita

- Koir

10.30 pagi – Penyampaian Cenderahati

11.00 pagi- Lawatan ke sekitar tapak pameran.

11.30 pagi- Perasmian Pusat Sumber Sekolah

SMKBBKH,MAKTABBAH

MUNAWWARAH

12.00 tghari-Jamuan

12.30 tghari-Bersurai

http://psssmkbbkhmunawwarah.blogspot.com

Matlamat Program “1 SCHOOL READS” ini ialah untuk memberikan pendedahan dan membudayakan minat membaca dalam kalangan seluruh warga sekolah SMK Bandar Bukit Kayu Hitam. Program ini juga di jadikan sebagai platform dan batu loncatan untuk memperkenalkan nama SMKBBKH ini ke dunia luar dengan menjadikan budaya membaca ini sebagai ikon kepada masyarakat setempat. Sesungguhnya komuniti sekolah ini dapat menjadi bestari seandainya semua pihak menggembeling usaha dan bergerak secara proaktif bagi menjayakan program inovatif “1SCHOOL READS” ini.

ANTARA OBJEKTIF :

1) Menyemai minat membaca dalam diri warga sekolah terhadap semua jenis bahan bacaan.

2) Menyedarkan warga sekolah pentingnya membaca dan mengalakkan masyarakat 1Malaysia mengamalkan budaya membaca.

3) Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

4) Melahirkan tokoh pelajar yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, beraniberhadapan dengan khalayak ramai, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.

5) Melahirkan ramai pelajar yang cinta akan bahan bacaan.

6) Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat setempat.

APAKAH SEBENARNYA

PROGRAM ‘1SCHOOL READS?’

1) Salah satu program inovatif dari SMK Bandar Bukit Kayu Hitam.

2) Mempunyai kesinambungan daripada gerakan program NILAM.

3) Uniknya program ini kerana dapat melibatkan semua warga sekolah iaitu pelajar , guru , dan staf sokongan.

4) Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dipantau oleh seorang ‘’Reading Consultant(RC)’.

5) Carta atau Liga “1 SCHOOL READS” diadakan untuk menarik minat para pelajar khususnya untuk bersaing secara sihat dalam mambaca buku.

6) Ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang mempunyai rekod bacaan tertinggi.

7) Guru dan pelajar berada di Tapak Perhimpunan setiap Isnin jam 7.30—8.30 pagi untuk membaca buku bersama-sama.

8) Program ini berupaya merealisasikan hasrat KPM untuk guru yang tidak berpeluang berkursus dan diganti dengan pembacaan buku-buku ilmiah.

 




No comments:

Post a Comment